Soon Huat-Shevon Raih Gelaran Terbuka Switzerland 2024

25 Mar 2024 • 8:25 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR - Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie meraih gelaran pertama musim ini apabila menjuarai Terbuka Switzerland 2024 malam tadi.

Pada perlawanan berlangsung di St Jakobshalle di Basel menyaksikan Soon Huat--Shevon mempamerkan kekuatan sebenar apabila menewaskan rakan senegara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei sejak awal permainan dengan memenangi set pertama 21-16.

Kemenangan itu nyata memberi tonik buat Soon Huat-Shevon untuk mendahului 11-3 sebelum menoktahkan kemenangan ke atas Tang Jie-Ee Wei dengan pukulan deras diakhiri keputusan 21-13 dalam masa 36 minit.

Soon Huat-Shevon, selaku juara kejohanan bertaraf status Super 300 itu, membawa pulang hadiah wang tunai US$16,590 (RM78,582), manakala Tang Jie-Ee Wei menerima US$7,980 (RM37,799).

Ini adalah gelaran pertama diraih pasangan di kedudukan ke-14 dunia itu selepas menempuh tujuh perlawanan pada musim ini sejak Januari lalu. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved