Terbuka Switzerland: Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon buat perhitungan di final

24 Mar 2024 • 9:36 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai bakal berentap sesama sendiri pada final badminton Terbuka Switzerland 2024 selepas menyingkirkan lawan masing-masing, awal pagi tadi.

Dalam aksi di St Jakobshalle di Basel, pasangan nombor sembilan dunia yang juga pilihan ketiga kejohanan, Tang Jie-Ee Wei mudah melangkah ke final selepas menang straight set 21-16, 21-12 ke atas pilihan keenam dari Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin.

Kemenangan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei memenangi semua enam pertemuan dengan Hong Wei-Chia Hsin.

Kemaraan mereka kemudian diteruskan pasangan nombor 14 dunia, Soon Huat-Shevon yang menewaskan beregu Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek, 21-18, 21-16 dalam masa 37 minit.

image is not available
Goh Soon Huat (kanan) dan Shevon Lai memastikan kejuaraan beregu campuran Terbuka Switzerland sah milik Malaysia selepas menempah pertemuan dengan Tang Jie-Ee Wei di final malam ini. - Alif Omar/Scoop, 24 Mac, 2024

Ini adalah pertembungan kali ketiga buat kedua-dua pasangan negara itu selepas Terbuka Korea 2023 dan Masters Jepun 2023 dengan masing-masing pernah meraih kemenangan.

Sebagai rekod, ini adalah final kedua Tang Jie-Ee Wei pada 2024 selepas muncul naib juara Thailand Masters Super 300, bulan lalu.

Pertemuan akhir membabitkan kedua-dua pasangan beregu negara itu akan berlangsung malam ini. - 24 Mac, 2024