Apa dah jadi? JPJ gantung perkhidmatan ejen pemungut MyEG, berkuat kuasa 5 Oktober ini!

LocalPolitics
2 Oct 2026 • 6:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung perkhidmatan My E.G. Sdn. Bhd. dan Zetrix AI Berhad di bawah Kumpulan MYEG sebagai ejen pemungut berkuat kuasa 5 Oktober.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pematuhan terhadap terma dan syarat perjanjian ditetapkan, termasuk obligasi syarikat yang masih belum dipenuhi atau diselesaikan.

“Selaras dengan keputusan ini, semua perkhidmatan JPJ yang sebelum ini ditawarkan melalui saluran Kumpulan MYEG akan digantung mulai 5 Oktober.
“JPJ memberi jaminan bahawa urusan dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat akan terus berjalan seperti biasa melalui saluran rasmi dan alternatif yang disediakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Image from: Apa dah jadi? JPJ gantung perkhidmatan ejen pemungut MyEG, berkuat kuasa 5 Oktober ini!

Kredit Foto: Carian Google

Bagaimanapun, tempahan Ujian Undang-Undang Berkomputer (KPP01) yang dibuat menerusi MYEG sebelum tarikh kuat kuasa masih dibenarkan dan boleh diteruskan seperti biasa.

Bagi tempahan baharu mulai 5 Oktober, orang ramai perlu membuat urusan tempahan dan menduduki ujian melalui Pusat Ujian KPP di Institut Memandu seluruh negara.

Dalam pada itu, pembayaran saman membabitkan bukan warga Malaysia di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura akan disediakan menerusi Unit Mobile JPJ di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor.

Image from: Apa dah jadi? JPJ gantung perkhidmatan ejen pemungut MyEG, berkuat kuasa 5 Oktober ini!

Kredit Foto: Carian Google

Kemudahan tersebut akan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 10 malam.

JPJ turut menasihatkan orang ramai menggunakan saluran rasmi yang disediakan bagi memastikan setiap urusan dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat.

“JPJ kekal komited untuk memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta memastikan setiap urusan dilaksanakan secara teratur, telus dan berintegriti,” katanya lagi.

Sumber: FB Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved