Speaker arah siasat MP Pendang, didakwa buat ancaman fizikal dalam Dewan Rakyat

LocalPolitics
14 Aug 2025 • 3:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kekecohan yang terjadi di Dewan Rakyat semalam membuatkan Speaker, Datuk Seri Johari Abdul bertindak mengarahkan siasatan dalaman selepas menerima dakwaan bahawa Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim didakwa buat ancaman fizikal apabila mengajak bertumbuk sekurang-kurangnya dua wakil rakyat kerajaan semasa persidangan semalam.

image is not available

Didakwa buat ancaman fizikal kepada 2 ahli parlimen lain

Memetik laporan daripada Malaysiakini, isu itu dibangkitkan oleh Khoo Poay Tiong (PH–Kota Melaka) yang mendakwa Awang mengajak ahli parlimen lain bertumbuk sewaktu keekecohan tersebut berlaku.

“Semalam, Pendang telah ajak untuk bertumbuk, bergaduh. Saya rasa itu Tan Sri perlu ambil tindakan tegas terhadap Pendang. Itu disiarkan satu dunia… Pendang nak bergaduh dengan ahli parlimen lain. Saya rasa itu contoh amat tidak harus berlaku,” katanya.

image is not available

Speaker arah siasat ancaman fizikal tersebut

Susulan itu, Johari memaklumkan semua unit termasuk rakaman video dan audio sedang diperiksa.

Ujarnya, jika ada bukti tentang terjadinya perkara itu, beliau akan mengambil tindakan tegas memandangkan ia melibatkan ancaman fizikal.

“Kalau ada bukti menunjukkan bahawa perlakuan tersebut terjadi… saya akan ambil tindakan tegas kali ini. Tapi bila cuba guna tindakan fizikal, saya rasa itu sudah lebih dan melampau,” tegasnya.

image is not available

Difahamkan, insiden bermula selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang (PN–Marang) menutup perbahasan RMK13 dengan pantun yang menggesa pemimpin PH, khususnya DAP, meletakkan jawatan.

Tindakan itu mencetuskan ketegangan apabila Chong Zhemin (PH–Kampar) membangkitkan isu relevansi ucapan tersebut di bawah Peraturan Mesyuarat, sebelum disambut jeritan dari blok pembangkang.

RSN Rayer (PH–Jelutong) turut mengingatkan peraturan yang melarang membuat tuduhan motif tidak wajar terhadap ahli lain.