Speaker & Meja Makan Beradab Pengantin Kacau View Pelamin Buat Jurugambar Garu Kepala

6 Jun 2025 • 12:55 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pasangan pengantin sudah tentu impikan hari istimewa mereka berjalan dengan lancar. Semua rancangan seperti yang sudah dilatih, dan segala persiapan sedia pada waktunya.

Bukan sahaja mereka, malah petugas lain seperti jurugambar pasti akan memastikan foto-foto perkahwinan yang diambil pada hari berkenaan sempurna tanpa cacat cela.

Namun, ada sahaja faktor luaran yang sukar dikawal hingga menyebabkan hasil gambar semasa majlis tidak seperti yang diharapkan. Sebelum ini, seorang jurugambar telah menegur tetamu yang memakai selipar ke majlis formal itu.

Katanya, momen yang dirakam akan disimpan oleh pengantin sebagai kenangan. Oleh disebabkan itu, ia akan kelihatan tidak sedap untuk dilihat pada pandangan mata.

Jurugambar Kecewa Banyak Prop Lain Halang View Pelamin Pengantin

Terbaharu, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang jurugambar dikenali sebagai Asri (@asrimy) berkongsi pengalamannya semasa bertugas di sebuah majlis perkahwinan.

Menurut Asri, tugasannya pada hari itu adalah agak sukar berbanding di majlis kenduri orang lain kerana kedudukan meja makan beradab yang tidak teratur.

Menerusi foto perkongsian, kelihatan pembesar suara (speaker) DJ disusun betul-betul bersebelahan dengan pelamin pengantin.

Manakala meja makan beradab diletakkan pada bahagian depan pelamin berkenaan. Jika anda lihat sendiri, meja tersebut mengambil ruangan yang besar dan menyebabkan pemandangan tetamu ke pelamin agak terhalang.

Bukan itu sahaja, ia juga menyukarkan Asri untuk mengambil foto cantik dengan sudut (angle) yang tepat. Tambahnya, dia berasa kesal apabila orang ramai terlalu meletakkan harapan tinggi tetapi menyediakan ‘set up’ majlis perkahwinan sebegitu.

“Set up yang menyusahkan jurugambar. Meja makan depan pelamin. Speaker DJ tepi pelamin. Tolong la bridal dan DJ ada common sense sikit. Jangan asyik pakai (cakap), tak apa jurugambar boleh adjust (betulkan),” luah Asri.

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Pelamin Yang Terhalang

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai termasuk golongan geng kerja kahwin turut bersetuju bahawa kedudukan meja serta pembesar suara itu adalah tidak sesuai dan akan mengganggu foto pasangan Raja Sehari.

“Sampai sekarang saya tak faham kenapa sesetengah event planner atau tukang buat pelamin pergi letak meja beradab depan pelamin. Tak boleh ke letak tepi sikit haha. Sebab mengganggu pandangan,” kata seorang wanita.

Malah ramai yang berkata kedudukan meja makan beradab di depan pelamin adalah sesuai jika pelamin tersebut diletakkan di atas pentas.

“Selalunya, kalau nak letak meja makan beradab depan pelamin, juruhias akan tinggikan platform pentas pelamin pada ketinggian yang sepatutnya.

“Ataupun, pelamin yang dah memang sedia ada atas pentas. Jadi akan nampak mcm bertingkat ketinggian susun atur deco tu,” ujar seorang pengguna Threads.

Sementara itu, ada juga jurugambar yang berkongsi pengalaman sama seperti Asri semasa bertugas di kenduri kahwin.

“Pernah dapat DJ letak speaker menghala ke pelamin, saya minta pengantin lelaki pergi tegur. Kita nak cakap, apa semua terjerit-jerit. Pengantin pun faham, dia pergi sound tepek je. Lepas tu terhegeh-hegeh angkat speaker letak ke tempat lain,” kata jurugambar berkenaan.

Ada yang berpendapat isu itu masih berterusan sehingga kini kerana sesetengah pengantin atau tuan rumah yang tegas mahu meletakkan meja makan beradab dan pembesar suara di sekeliling pelamin.

“Saya staf bridal… Ada customer yang nak ikut kata dia je. Kita akan suggest mana port yang sesuai tapi kadang-kadang ada customer nak ikut kata dia juga. Pernah ada family yang nak buat pelamin depan pintu masuk,” kata pekerja bridal itu.

Segelintir netizen berkata semua pihak perlu memberikan kerjasama agar majlis yang sepatutnya indah itu berjalan dengan lancar. Ini termasuklah tuan rumah, pengantin, petugas audio, krew majlis, dan sebagainya.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: Threads (@asrimy)

Cabaran Lain Dilalui Jurugambar Ketika Majlis Perkahwinan Berlangsung

Selain isu yang dikongsikan oleh Asri, terdapat juga hantaran lain yang turut tular mengenai cabaran jurugambar semasa majlis perkahwinan berlangsung. Seorang jurugambar dikenali sebagai Nafys di akaun Threads miliknya telah berkongsi suasana di sebuah kenduri kahwin.

Dalam gambar dan video dikongsi, kelihatan pelamin pengantin diletakkan di luar rumah dengan cuaca yang panas. Namun bagi memastikan pengantin tidak terus terkena cahaya matahari, pelamin tersebut dipasang pada bawah bumbung zink.

Bagaimanapun tanpa pengantin sedari, ia akan membuatkan kesemua jurugambar bertugas pada ketika itu terpaksa meredah cuaca panas bagi mengambil foto yang cantik.

“Peritnya hanya jurugambar yang rasa. Dengan cuaca sekarang yang hangat tengik,” luahnya.

Tambah Nafys, dia bersama rakan jurugambar yang lain hanyalah manusia biasa yang juga terasa panas jika berjemur di bawah sinaran matahari.

Kepada bakal pengantin di luar sana, kami nasihatkan untuk ambil kira juga perkara-perkara ini bagi memudahkan urusan semua individu yang terlibat semasa hari bahagia anda.

Source: