Kuala Lumpur, 26 September 2025 – Spectra, jenama yang sinonim dengan inovasi penyusuan, hari ini melancarkan Spectra Wearable 2 secara rasmi di MITEC Kuala Lumpur. Direka khas untuk memenuhi gaya hidup ibu moden, Spectra Wearable 2 menawarkan gabungan keselesaan, kemudahan dan kuasa bertaraf hospital dalam rekaan yang ringkas, discreet dan bergaya.
Dengan harga RM1,299, Spectra Wearable 2 memberikan kebebasan sebenar kepada ibu untuk mengepam secara hands-free, di mana sahaja dan pada bila-bila masa — tanpa menjejaskan prestasi atau keselesaan. Taglinenya jelas: “More Comfort. More Freedom.”

Antara ciri utama Spectra Wearable 2:
- Hands-Free & Praktikal – Rekaan in-bra yang selesa dan selamat untuk pengepaman discreet sambil kekal bergerak bebas.
- Ringan & Mudah Dibawa – Berat sangat ringan & sesuai untuk kegunaan harian.
- Kuasa Bertaraf Hospital – 5 tahap expression, 5 tahap urutan dan 3 gaya sedutan untuk hasil yang optimum.
- Mudah Dipasang & Dibersihkan – Komponen ringkas untuk penjimatan masa.
- Kapasiti Botol 180ml – Bottle pam sekali untuk 180ml terus tanpa tukar botol.
- Bateri Boleh Cas Semula – Dengan Type-C charging, tahan sehingga 3 jam (6 sesi) setiap kali cas.
- Set Lengkap – Didatangkan dengan 3 insert (22mm, 24mm, 26mm), beg simpanan susu dan pouch bergaya.
- Paparan Digital Pintar – Skrin jelas memaparkan tahap sedutan, bateri dan masa pengepaman.

“Penyusuan seharusnya menjadi satu pengalaman yang membebaskan ibu, bukan mengehadkan mereka,” kata Encik Ken Foo, Pengarah Urusan Spectra Malaysia. “Dengan Spectra Wearable 2, ibu kini boleh mengepam dengan lebih yakin — sama ada di rumah, di pejabat atau ketika dalam perjalanan — sambil menikmati keselesaan dan prestasi yang boleh dipercayai.”
Majlis pelancaran ini turut menampilkan pameran produk secara langsung, aktiviti menarik dan pengalaman eksklusif untuk para ibu serta influencer, sekaligus memperlihatkan bagaimana Spectra Wearable 2 membawa definisi baharu kepada kemudahan penyusuan bagi ibu masa kini.

Spectra Wearable 2 kini boleh dimiliki pada harga RM1,299 melalui pengedar rasmi Spectra Malaysia serta platform dalam talian.
Untuk maklumat lanjut, layari www.spectrababy.com.my atau ikuti @spectrababymyofficial di Instagram dan Facebook.


