Spekulasi Rumah Tangga Sharifah Husna & Halim Radzi Didakwa Bergolak, Netizen Perasan Dah Tak Follow Antara Satu Sama Lain

LocalEntertainment
11 Oct 2025 • 4:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Desas-desus mengenai rumah tangga pelakon Sharifah Husna dan suaminya, Halim Radzi, mula menjadi perhatian selepas tular satu perkongsian video mencurigakan di media sosial.

Menerusi hantaran di TikTok, Sharifah Husna dilihat duduk di hadapan cermin sambil menahan air mata dengan kapsyen bernada sedih, sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Lebih mencetuskan tanda tanya apabila beberapa pengguna media sosial mula menyedari bahawa pasangan itu kini tidak lagi saling mengikuti akaun media sosial masing-masing dan sudah lama tidak memuat naik gambar bersama seperti kebiasaan.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua pihak mengenai status rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Sharifah Husna dan Halim Radzi mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2022 dalam sebuah majlis sederhana namun meriah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-10-11 11:01:55

Disindir Jadi ‘Bibik’ Sebab Masak Untuk Suami, Ini Jawapan Padu Atikah Suhaime

View Original Article