Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy XCover 6 Pro Yang Tahan Lasak Tertiris

TechnologyDigital
29 Jun 2022 • 12:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung Galaxy XCover 6 Pro dan Tab Active4 akan dilancarkan pada 13 Julai hadapan. Kedua-dua peranti ini unik kerana mempunyai tahap ketahanan yang melepasi piawaian ketenteraan. Hari ini spesifikasi lengkap XCover 6 Pro telah ditiriskan sepenuhnya oleh @evleaks.

image is not available

Peranti akan dilengkapi skrin 6.6″ TFT FHD+ 120Hz dengan panel kaca Gorilla Victus+, dipadankan dengan cip lapan teras 6nm, memori 6GB RAM, storan 128GB (yang boleh ditambah ke 1TB dengan mikro SD), dan bateri sebesar 4050 mAh yang boleh ditaggalkan.

image is not available

Kamera utama 50MP sudut lebar dipadnakan dengan 8MP ultra sudut lebar sementara itu kamera swafoto pula sebesar 13MP. Sistem operasi yang digunakan adalah masih Android 12 dengan pelancar One UI.

Tahap ketahanan ialah kalis air serta debu IP689 dan tahan hentakan MIL-STD-810H. Sistem audio pula adalah Dolby Atmos. Akhir sekali sebuah pengimbas cap jari diletakkan pada sisi terbina dalam butang kuasa.