[TERKINI] Trump Umum Tarif Malaysia 19%

Entertainment
1 Aug 2025 • 9:09 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J. Trump mengumumkan tarif untuk Malaysia pada paras 19%, menerusi arahan eksekutif terbaharunya yang disiarkan laman web rasmi The White House.

Kenyataan bertajuk Pengubahsuaian Lanjut Kadar Tarif Timbal Balik bertarikh 31 Julai 2025 itu menyenaraikan jadual kadar tarif bagi 70 buah negara termasuk Malaysia.

Di bawah senarai tarif terkini, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Kemboja masing-masing menghadapi kadar 19%.

image is not available

Vietnam menghadapi tarif 20%, manakala Brunei disenaraikan pada 25%. Laos dan Myanmar mendapat kadar tertinggi iaitu pada 40%. Singapura tidak termasuk dalam pusingan pelarasan terkini.

Sebelum ini, Trump mula-mula mengumumkan pengenaan timbal balik sebanyak 24 peratus terhadap barangan import dari Malaysia pada April, sebelum ia dinaikkan kepada 25 peratus pada awal Julai lalu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.