“Spesis Skema Ni Sebenarnya..” – Netizen Cari Sampai Jumpa, Gadis Ini Didakwa Skandal Hafidz Roshdi?

Entertainment
17 Feb 2023 • 10:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kekasih hafidz roshdi

Buat hal betul seorang pelakon lelaki ini kan? Tak pasal-pasal nama bersih Hafidz Roshdi terpalit dengan kontroversi berlaku curang dengan isteri pula.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat oleh isterinya, Nurul Shuhada mendakwa ada orang ketiga yang tak tahu malu meruntuhkan masjid yang dibina mereka.

Dakwa Shuhada, penyondol itu sampai tahap datang ke rumah dan dia sebagai isteri rasa sangat bodoh kerana selalu bersangka baik.

Gadis ini skandal Hafidz Roshdi?

image is not available

Terbaru, seorang individu yang mendakwa dirinya sahabat kepada Shuhada telah memberi ‘hint’ tentang siapakah insan ketiga yang telah mengganggu rumah tangga pelakon itu dan isterinya.

image is not available

Bukan tu je, tular pula perbualan mesej didakwa di antara pelakon itu dan orang ketiga. Biar betul?

image is not available

Namun setakat ini, Hafidz dan isterinya masih mengunci mulut mengenai hal ini. Ada juga netizen mendakwa mesej yang tersebar adalah palsu dan dah disunting.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.