“Hargai isteri please” – Instagram Hafidz Roshdi Diserang Netizen Gara-gara Gosip Curang?

Entertainment
16 Feb 2023 • 4:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Industri hiburan tanah air hari ini gempar dengan gosip pelakon lelaki yang dikatakan curang dengan isterinya, malah isterinya turut expose perkara tersebut melalui Instagram miliknya.

Khabar angin itu menyebut nama Hafidz Roshdi yang sebelum ini didakwa pernah bermesej lucah dengan seorang wanita lain.

Netizen dengan sepantas kilat telah membanjiri Instagram pelakon Jesnita itu dan rata-rata meninggalkan komen-komen seperti memberi nasihat agar menjaga rumah tangganya itu, lebih-lebih lagi dia dan isterinya sudah menimang dua orang cahaya mata.

image is not available

Malah, ramai juga netizen yang mempertikaikan kenyataannya sebelum ini ketika ditemu ramah oleh rancangan hiburan ternama, Melodi apabila ditanya mengapa tiada gambar dengan isterinya di Instagram dan dia hanya menjawab isterinya itu untuk tatapannya sahaja.

Walau bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis masih belum ada apa-apa kenyataan daripada Hafidz Roshdi mengenai rumah tangganya dengan isteri, Nurul Shuhada.

Apa-apapun kita doakan je lah mereka, sian dekat anak-anak comel tu…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.