
PETALING JAYA: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 akan bermula pada 26 Oktober dan tamat pada 1 Disember ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, seramai 420,879 calon sudah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu.
Katanya, kesemua calon akan mengambil peperiksaan tersebut di 3,334 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.
“Lembaga Peperiksaan akan mengumumkan jadual waktu peperiksaan SPM 2026 yang lengkap dalam waktu terdekat.
“KPM komited untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan SPM 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
JADUAL SPM 2026:
26 hingga 29 Oktober: Ujian bertutur Bahasa Melayu
2 hingga 5 November: Ujian bertutur Bahasa Inggeris
16 hingga 18 November: Ujian amali Sains
23 November hingga 17 Disember: Peperiksaan bertulis
30 November: Ujian mendengar Bahasa Melayu
1 Disember: Ujian mendengar Bahasa Inggeris – UTUSAN
The post SPM 2026 bermula 26 Oktober appeared first on Utusan Malaysia.





