Sports Direct Lancar Inisiatif Komuniti Terbaharu ‘Sport Starts With You’

26 Jan 2026 • 6:41 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sports Direct Malaysia tampil dengan satu inisiatif komuniti baharu yang bertujuan menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi kempen Sport Starts With You.

Inisiatif ini dilancarkan secara rasmi menerusi sesi senaman berintensiti tinggi (HIIT), HIIT The Limit di Sports Direct, Bangsar Village 3 pada Sabtu lalu (24 Januari).

Menariknya, program ini bukan hanya tertumpu kepada mereka yang sudah biasa bersenam, sebaliknya terbuka kepada semua tanpa mengira tahap kecergasan.

Kecergasan tidak bermula pada masa yang tepat, tapi bila kita berani mencuba

Menurut Sports Direct Malaysia, idea utama di sebalik Sport Starts With You cukup ringkas iaitu kecergasan tidak perlu bermula pada masa yang tepat atau apabila seseorang berada dalam bentuk badan tertentu, tetapi ia bermula apabila kita berani untuk mencuba.

Ketua Pemasaran Sports Direct Malaysia, Kelly Lim berkata inisiatif ini mencerminkan komitmen jangka panjang jenama itu dalam menjadikan sukan lebih dekat dan relevan dengan kehidupan seharian.

“Kami mahu membuka lebih banyak ruang untuk orang ramai berhubung melalui pergerakan, sama ada mereka baru bermula atau sekadar ingin kekal aktif. Ia tentang membina komuniti yang lebih kuat dan memberi pengalaman bermakna kepada pelanggan kami, bukan hanya di dalam kedai,” katanya.

Kolaborasi Bersama Under Armour

Sesi HIIT The Limit turut diadakan secara kolaborasi bersama Under Armour, dengan lebih 40 peserta menyertai latihan menggunakan kasut Charged Commit TR 5 untuk lelaki dan Charged Aurora untuk wanita.

Kedua-dua model ini direka khas untuk senaman gim dan latihan berintensiti tinggi yang memerlukan pergerakan dinamik.

Sepanjang sesi berlangsung, kasut tersebut membantu peserta bergerak dengan lebih yakin dan selesa, sekali gus membolehkan mereka memberi fokus sepenuhnya kepada latihan.

Kerjasama ini mencerminkan nilai bersama antara Sports Direct dan Under Armour dalam menyokong rutin senaman harian dengan produk high performance.

Pengarah Komersial Under Armour Malaysia, Samantha Lim berkata, pihaknya berbangga dapat bekerjasama dalam sesi HIIT The Limit ini.

“Rekaan Charged Commit TR 5 dan Charged Aurora mengambil kira pergerakan sebenar semasa latihan berintensiti tinggi, supaya pengguna kekal selesa dan yakin sepanjang senaman,” jelasnya.

Pelancaran HIIT The Limit menandakan permulaan kepada siri aktiviti di bawah kempen Sport Starts With You, yang bakal memberi tumpuan kepada pengalaman berasaskan pergerakan dan gaya hidup aktif.

Melalui inisiatif ini, Sports Direct Malaysia berharap dapat terus mendekati komuniti dan menggalakkan lebih ramai orang untuk menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka.

View Original Article