Spotify Akhirnya Menguji Sokongan 2FA

TechnologyDigital
12 Jul 2024 • 11:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify adalah platform penstriman audio yang cukup popular sekarang. Sayang sekali, dari segi perlindungan akaun pengguna ia bukan yang terbaik. Selepas bertahun pengguna mahukan sokongan pengesahan dwi-faktor, Spotify baru-baru ini menguji kepada beberapa akaun terpilih.

image is not available

Ciri ini dilihat diaktifkan secara automatik oleh Spotify dan pengguna tiada cara untuk mengubah tetapan. Semasa log masuk, Spotify akan meminta pengguna masukkan PIN 6 digit yang dihantar ke emel berdaftar. Ciri ini jelas sekali masih dalam peringkat ujian dan mungkin akan diedarkan kepada semua selepas ia stabil.

Diharapkan Spotify akan memberi sokongan pengesahan dwi-faktor yang banyak seperti SMS, aplikasi pengesahan atau Passkey dengan biometri dan tidak terhad kepada emel sahaja. Banyak sahaja kes akaun Spotify Premium digodam dan dijual sebagai akaun kongsi di sekitar web.