Spotify hadir dengan ciri baru untuk pengguna Premium yang membolehkan mereka menambah dan mengubah cara lagu disambung dalam senarai main. Ciri ini masih dalam fasa ujian dan membolehkan pengguna mencipta pengalaman mendengar yang lebih menarik dan tersusun.

Pengguna boleh memilih senarai main sedia ada atau mencipta yang baharu, kemudian mengaktifkan ciri peralihan lagu dengan menekan butang “Mix”.
Terdapat pilihan automatik untuk gabungan segera atau pengguna boleh menyesuaikan gaya peralihan seperti “Fade” dan “Rise” mengikut cita rasa masing-masing.
Selain itu, tetapan seperti kelantangan, equalizer (EQ) dan kesan audio turut boleh dilaras agar setiap sambungan antara lagu kedengaran lebih menarik.

Spotify juga membantu pengguna baharu memahami cara mencampur lagu dengan lebih mudah. Antara panduan yang disediakan termasuk padanan tempo dan kunci lagu supaya peralihan kedengaran lebih semula jadi.
Beberapa genre seperti House dan Techno digalakkan kerana lebih sesuai untuk peralihan lagu yang lancar. Susunan lagu juga boleh dirancang mengikut tahap yang sesuai.
Pengguna juga boleh mencipta paparan senarai main menggunakan pelekat dan label khas disediakan. Senarai main yang telah diubah turut boleh dikongsi atau disunting bersama rakan yang juga pengguna Premium.


