Redmi Note 15 Pro+ Akan Dilengkapi Dengan Bateri Berkapasiti 7000mAh

TechnologyDigital
19 Aug 2025 • 5:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Redmi Note15 Pro+ bakal hadir dengan bateri besar berkapasiti 7000mAh. Ini bermakna, peranti boleh menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik selari dengan trend semasa. Ia juga menyokong pengecasan pantas 90W untuk proses pengecasan semula yang efisien serta berbalik 22.5W sebagai ciri tambahan.

image is not available

Peranti dilengkapi skrin melengkung 6.83″ dengan resolusi 1.5K dan kecerahan puncak 3200nits untuk paparan yang jelas. Ia juga melepasi penarafan kalis air IP69K bagi membolehkan peranti bertahan dalam suhu dan semburan air bertekanan tinggi. Sistem audio stereo turut digunakan dengan kelantangan mencapai 400% untuk pengalaman mendengar lebih imersif.

Siri Redmi Note 15 Pro+ dijadualkan dilancarkan secara rasmi di China pada 21 Ogos 2025.