SPR adakan mesyuarat khas tentukan tarikh penting PRN Sabah ke-17

LocalPolitics
16 Oct 2025 • 11:24 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Mesyuarat berkenaan diadakan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini.

Mesyuarat dijadual bermula pada pukul 10 pagi sebelum satu sidang media diadakan pada pukul 11 pagi.

Sidang media itu amat ditunggu-tunggu untuk mengetahui tarikh penting PRN Sabah ke-17.

Antara tarikh yang akan diumumkan termasuk hari penamaan calon dan undi awal.

Hari pengundian serta tempoh berkempen juga akan ditetapkan dalam mesyuarat tersebut.

Pada 6 Oktober lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah.

Pembubaran itu memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 untuk diadakan. – Bernama