SPR Tetapkan 27 Jun Hari Penamaan Calon PRN Johor, 56 Pusat Dibuka

LocalPolitics
25 Jun 2026 • 4:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

SPR Tetapkan 27 Jun Hari Penamaan Calon PRN Johor, 56 Pusat Dibuka

SPR Tetapkan 27 Jun Hari Penamaan Calon PRN Johor, 56 Pusat Dibuka

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Jun ini sebagai Hari Penamaan Calon (HPC) bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor ke-16.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, proses penamaan calon akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 pagi di 56 pusat penamaan calon yang telah ditetapkan di seluruh Johor.

Menurut beliau, borang pencalonan boleh diserahkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya sama ada oleh calon sendiri, pencadang dan penyokong atau mana-mana dua individu daripada kumpulan tersebut.

Katanya, SPR turut menggalakkan bakal calon membuat semakan awal borang pencalonan dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor sebelum hari penamaan bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal.

Baca juga:

“Bakal calon juga disaran menjelaskan bayaran deposit lebih awal dan membawa resit pembayaran sebagai bukti semasa proses penamaan calon,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa calon yang bertanding atas tiket parti politik diwajibkan mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti semasa menyerahkan borang pencalonan.

Dalam pada itu, SPR mengingatkan semua calon bahawa penggunaan bahan kempen perlu mematuhi peruntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, penggunaan pembesar suara atau alat muzik bagi tujuan kempen melalui kenderaan, selain berada dalam lingkungan 50 meter dari sempadan pusat penamaan calon tanpa kebenaran adalah satu kesalahan.

“SPR menyeru semua calon dan parti politik supaya mematuhi segala peraturan, tata etika dan arahan yang dikeluarkan oleh SPR serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan proses berjalan lancar,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan calon, penyokong dan semua pihak berkepentingan supaya mengambil langkah berjaga-jaga susulan ramalan cuaca yang menunjukkan kemungkinan hujan serta ribut petir di beberapa kawasan di Johor pada hari berkenaan.

Jelasnya, semua pihak digalakkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang proses penamaan calon berlangsung.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved