Spritzer Lancar ION: Air Isotonik Baharu Dengan Semangat ON-JE!

7 Oct 2026 • 4:55 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Spritzer Lancar ION: Air Isotonik Baharu Dengan Semangat ON-JE!

Pada 6 Oktober 2026, Spritzer telah memperkenalkan Spritzer ION, air isotonik baharu yang menyegarkan, dihasilkan menggunakan air Spritzer dan diformulasi dengan elektrolit.

Bertempat di APDCrew Circuit, Serdang semangat ON-JE! turut diserlahkan menerusi kerjasama bersama pelakon Aedy Ashraf dan penyanyi rap Tuju sebagai duta jenama.

Kedua-duanya berkongsi pengalaman peribadi dalam mengatasi keraguan, berani merebut peluang dan mengambil langkah pertama yang akhirnya mencorakkan perjalanan masing-masing.

Pelancaran Spritzer ION turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik. Team BuzzKini berpeluang menyertai Aedy Ashraf dan Tuju dalam satu permainan berkumpulan sebelum merasai pengalaman menaiki kereta drift bersama pemandu profesional. Kami juga berpeluang mencuba skuter yang disediakan.

Menerusi aktiviti ini, Spritzer membawa semangat ON-JE!. Semangat ini turut diterjemahkan melalui simbol infiniti pada Spritzer ION, yang melambangkan rutin harian dan pelbagai kemungkinan apabila kita berani keluar daripada kebiasaan.

Identiti tersebut diperkukuh dengan rekaan Blueple, gabungan biru dan ungu yang melambangkan kejelasan serta pelbagai kemungkinan, selari dengan mesej ON-JE! untuk berani mencuba dan melangkah.

Orang ramai juga boleh merasai pengalaman ON-JE! menerusi Jelajah Spritzer ION ON-JE! di Starhill Piazza dari 9 hingga 11 Oktober 2026 ini.

Pengunjung berpeluang meneroka ruang bertemakan dunia bawah air yang diinspirasikan daripada kempen Spritzer ION, sambil merakam detik ON-JE! dalam suasana yang menyeronokkan.

View this post on Instagram

A post shared by BuzzKini (@buzzkini)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved