SPRM Beku Akaun Persendirian, Enam Syarikat Milik Vivy Yusof & Fadza Bernilai RM1.1 Juta

LocalPolitics
7 Nov 2024 • 8:22 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi ‘Op Favish’ telah membekukan kira-kira 11 akaun persendirian dan enam akaun syarikat di bawah seliaan pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar bernilai kira-kira RM1.1 juta.

Pembekuan itu dilakukan susulan siasatan yang sedang dijalankan berhubung kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang bernilai RM43.9 juta.

“Selain itu, SPRM juga telah merakam beberapa keterangan individu penting yang terdiri daripada pegawai kanan Khazanah, PNB, FashionValet, akauntan, penilai syarikat dan ‘introducer’ (pencadang),” kata sumber.

image is not available

Terdahulu, sejak siasatan mendalam dijalankan, pihak SPRM dilaporkan telah menyerbu ibu syarikat FashinValet, Kementerian Kewangan, Khazanah dan PNB secara serentak.

SPRM juga turut mengambil keterangan pasangan tersebut dan menggeledah kediaman mereka di Mont Kiara sebelum menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan mewah bernilai kira-kira RM200,000.

image is not available 4 hours ago

Rumah Digeledah, SPRM Sita 11 ‘Handbag’ & Seutas Jam Tangan Mewah Bernilai RM200,00 Milik Vivy Yusof & Fadza Anuar