SPRM Beku Beberapa Akaun Bank Padini, Anak Syarikat Susulan Siasatan Pengubahan Wang Haram

LocalBusiness & Finance
24 Apr 2026 • 9:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan beberapa akaun bank milik Padini Holdings Bhd (Padini) dan anak syarikatnya, susulan siasatan yang sedang dijalankan terhadap kumpulan peruncit pakaian itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Padini memaklumkan tindakan pembekuan tersebut dibuat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

“Syarikat ini sedang membantu dalam siasatan yang sedang dijalankan, dan akaun yang terjejas tidak digunakan secara aktif untuk operasi harian kumpulan itu,” kata Padini.

Bagaimanapun, syarikat itu menegaskan mereka masih mempunyai akses kepada kemudahan perbankan lain bagi memastikan kelancaran operasi harian perniagaan kumpulan tersebut.

“Berdasarkan maklumat yang ada pada masa ini, lembaga pengarah berpendapat bahawa pembekuan akaun-akaun terbabit dijangka tidak akan memberi impak kewangan dan operasi secara material kepada kumpulan itu,” katanya.

Artikel lain: Kes Seleweng Dana RM230 Juta: SPRM Jangka Ramai Lagi Individu Dipanggil Bantu Siasatan

Dalam masa sama, Padini memaklumkan pihaknya sedang mengambil langkah sewajarnya untuk berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan serta memberi kerjasama penuh bagi membantu siasatan yang dijalankan.

Sumber: BERNAMA

 

The post SPRM Beku Beberapa Akaun Bank Padini, Anak Syarikat Susulan Siasatan Pengubahan Wang Haram appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved