Kes seleweng dana RM230 juta: SPRM sita aset RM18.36 juta

LocalPolitics
23 Apr 2026 • 6:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Antara aset yang disita susulan siasatan dijalankan SPRM.
image is not available
Sebahagian daripada unit rumah kediaman yang disita SPRM susulan siasatan kes penyelewengan dana melibatkan sebuah NGO baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Lebih RM18.3 juta aset tak alih disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan siasatan berhubung kes penyelewengan dana melibatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini.

Hantaran video di TikTok rasmi SPRM memaparkan antara aset yang diambil tindakan dalam operasi berkenaan.

Sitaan tersebut antaranya melibatkan 14 hartanah yang dikenal pasti terdiri daripada tujuh unit rumah kediaman, tiga unit ruang pejabat serta empat lot tanah di beberapa lokasi.

Berdasarkan nilai pasaran semasa, keseluruhan aset yang disita dianggarkan berjumlah RM18.36 juta.

Langkah sitaan itu dilaksanakan bagi membantu siasatan lanjut berkaitan dakwaan penyelewengan dana NGO terbabit.

**media[3500244]**

Media sebelum itu melaporkan penahanan tiga individu termasuk timbalan pengerusi NGO terbabit.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek, dua daripadanya merupakan pengarah syarikat, disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2018 hingga 2024.

Siasatan turut mendapati timbalan pengerusi NGO tersebut telah memindahkan RM230 juta ke dalam akaun syarikatnya bagi tujuan pelaburan dan juga kegunaan peribadi.

Siasatan SPRM kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam memandangkan NGO tersebut merupakan sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi membantu golongan yang memerlukan.

Dalam operasi tersebut, SPRM turut menyita 18 unit kenderaan mewah antaranya Porsche dan Mercedes, selain rumah dan hartanah bernilai kira-kira RM11 juta serta pelbagai harta alih lain termasuk wang tunai dan jam tangan berjenama.

Selain itu, SPRM turut membekukan 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM120 juta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved