SPRM belum terima surat Saravanan

LocalPolitics
2 Sep 2026 • 4:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: SPRM belum terima surat Saravanan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menerima surat berkaitan kes rasuah melibatkan bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman, berkata, pihaknya hanya meneliti berkaitan perkara itu sebaik sahaja menerima surat tersebut.

“Setakat hari ini, surat tersebut pihak kami tak menerima. Pihak kami belum menerima surat daripada pihak yang dinyatakan itu.

“Kita masih menunggu. Kita belum menerima apa-apa lagi,” katanya dalam sidang akhbar.

Mengulas mengenai dakwaan bahawa saksi utama dalam kes itu telah meninggal dunia, Abd Halim berkata, perkara berkenaan menjurus kepada proses penyiasatan yang bersifat sulit.

“Berkenaan bagaimana proses dan saksi utama telah meninggal dunia itu, ia lebih menjurus kepada proses penyiasatan dan sulit serta tidak ada pihak mengetahui melainkan pihak pegawai penyiasat dan atasan SPRM.

“Jadi sama ada kes itu kukuh dan mengapa diteruskan, itu soal perundangan,” jelasnya.

Pada 28 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak memberi ruang kepada proses undang-undang dalam kes Saravanan dan perkara berkenaan kini berada di bawah bidang kuasa SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Saravanan sebelum ini memaklumkan bahawa surat yang dihantarnya kepada Perdana Menteri bukan bertujuan meminta campur tangan atau menutup kes, sebaliknya untuk menjelaskan pendiriannya berhubung perkara itu.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tapah itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM1.097 juta berkaitan kelulusan kuota pekerja asing. – UTUSAN

The post SPRM belum terima surat Saravanan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved