SPRM buka bilik gerakan sempena PRN Melaka

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 4:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: SPRM buka bilik gerakan sempena PRN Melaka

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka akan membuka bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bilik gerakan di Pejabat SPRM Taman Alai Perdana akan beroperasi 24 jam dari esok hingga hari pengundian pada 14 Nov.

“Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat atau aduan sepanjang proses pilihan raya menerusi e-mel prnmlk@sprm.gov.my atau menghubungi talian pejabat SPRM Melaka menerusi talian 06-289 6000, bilik gerakan 06-289 6303 atau talian 24 jam/WhatsApp di 011-2679 1569,” menurut kenyataan itu.

SPRM mengingatkan semua calon, parti politik, penyokong serta pihak yang terlibat PRN Melaka ke-16 agar tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 serta Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Nov sebagai hari pengundian PRN Melaka manakala esok sebagai hari penamaan dan pengundian awal pada 10 Nov.

DUN Melaka dibubarkan pada 23 Sept.- Bernama

The post SPRM buka bilik gerakan sempena PRN Melaka appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved