PRN Melaka ke-16: Calon, parti politik diingat jangan langgar peraturan, undang-undang

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 1:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PRN Melaka ke-16: Calon, parti politik diingat jangan langgar peraturan, undang-undang

PETALING JAYA : Semua calon, parti politik, penyokong serta mana-mana pihak yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 diingatkan supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya.

Peringatan itu selaras dengan peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 [Akta 694] serta Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5].

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan memaklumkan, SPRM Melaka akan membuka bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang PRN Melaka Ke-16.

Katanya, bilik gerakan berkenaan akan beroperasi selama 24 jam bermula esok hingga 14 November 2026, bertempat di Pejabat SPRM Melaka, Jalan Alai Perdana 16, Taman Alai Perdana, 75460 Melaka.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin mengemukakan aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang proses pilihan raya boleh berbuat demikian menerusi e-mel prnmlk@sprm.gov.my.

“Selain itu, aduan juga boleh disalurkan dengan menghubungi talian pejabat SPRM Melaka di 06-289 6000, talian bilik gerakan 06-289 6303 atau talian 24 jam atau WhatsApp di 011-2679 1569,” katanya. – UTUSAN

The post PRN Melaka ke-16: Calon, parti politik diingat jangan langgar peraturan, undang-undang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved