SPRM dakwa bekas CEO bank, wanita bergelar Datuk esok

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 7:52 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: SPRM dakwa bekas CEO bank, wanita bergelar Datuk esok

Bekas CEO bank pelaburan antara tiga individu didakwa di bawah Akta SPRM di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Seremban esok, membabitkan rasuah RM130 juta.

KUALA LUMPUR: Tiga individu termasuk seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah bank pelaburan akan didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen di sini dan Seremban esok.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, bekas CEO itu akan didakwa di hadapan Hakim Azura Alwi manakala seorang wanita bergelar Datuk, yang juga pengarah sebuah syarikat, akan didakwa di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Difahamkan, bekas CEO itu bakal berdepan pertuduhan berkaitan rasuah lebih RM130 juta manakala wanita terbabit sebelum ini pernah dikaitkan dengan sebuah pelaburan yang disiasat SPRM dan pernah dituduh di mahkamah atas kesalahan pecah amanah.

Sementara itu, seorang ketua pegawai kewangan institusi pengajian tinggi swasta akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban bagi pertuduhan membabitkan nilai rasuah berjumlah RM6.56 juta.

Hakim M. Kunasundary dijangka mendengar kes itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved