SPRM kesan Megat Khairul Anuar

LocalPolitics
10 Jul 2026 • 2:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: SPRM kesan Megat Khairul Anuar
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi menghadiri sebutan kali kelima rayuan kes di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pada Isnin ini.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, individu berkenaan dikenali sebagai Megat Khairul Anuar Sulaiman, 40, yang berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Menurut kenyataan itu, usaha mengesan lelaki terbabit telah dibuat di dua alamat terakhirnya iaitu di Jalan Bagan Datoh, 36200 Selekoh, Perak dan Kampung Bunut Payong, 15150 Kota Bharu, Kelantan, namun gagal dihubungi.

"Individu dikehendaki ini telah gagal hadir di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi empat sebutan rayuan kes pada Januari, April, Mei dan Jun lalu.

"Susulan itu, waran tangkap terhadapnya telah dikeluarkan pada 8 Jun 2026," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Megat Khairul Anuar supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, PPs Hadijah Mohamad Shapiee di talian 011-37863375 atau 05-526 000 (Pejabat SPRM Perak).

Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan menerusi e-mel di hadijah@sprm.gov.my.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved