SPRM kesan Mohd Idzwan bantu siasatan

LocalPolitics
2 Apr 2026 • 7:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
SPRM mengesan Mohd Idzwan bagi membantu siasatan berkaitan satu kes yang sedang dijalankan.

PUTRAJAYA - Seorang lelaki dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan satu kes yang sedang dijalankan.

SPRM menerusi kenyataan memaklumkan individu terbabit dikenali sebagai Mohd Idzwan Husin, 35.

"Alamat terakhir lelaki berkenaan adalah di Jalan Haji Omar, Bukit Rambai, Melaka.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu ini diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, PPs Nur Raihanah Abdul Jalil di talian 06-2896000 atau 019-6373924.

"Maklumat juga boleh disalurkan melalui emel kepada raihanah.jalil@sprm.gov.my,” menurut kenyataan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved