SPRM nafi dakwaan pegawai acu senjata ketika tangkapan terhadap Albert Tei

LocalPolitics
28 Nov 2025 • 5:48 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan bahawa pegawainya mengacukan senjata ke kepala ahli perniagaan, Albert Tei, ketika melakukan tangkapan pada Khamis.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam satu kenyataan berkata, tindakan penangkapan yang dibuat di kediaman individu berkenaan dilakukan sepenuhnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Untuk makluman, tangkapan oleh pegawai SPRM di rumah ahli perniagaan berkenaan pada hari ini dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan,” katanya.

Azam turut memaklumkan bahawa SPRM telah membuat satu laporan polis hari ini bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung dakwaan palsu itu.

“Laporan polis ini juga bagi memastikan tiada pihak tertentu menyebarkan berita tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan kes yang dijalankan SPRM,” katanya.

Baca juga:

Terdahulu, SPRM telah menyerbu kediaman ahli perniagaan berkenaan. Peguamnya, Zaid Malek mendakwa SPRM menghalangnya bertemu Tei, selain berkongsi video memaparkan Tei diiringi individu bersenjata berpenutup muka dan berbaju vest SPRM.