SPRM panggil semula Nazir Hussin berkaitan pengisytiharan harta

LocalPolitics
14 Oct 2026 • 1:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: SPRM panggil semula Nazir Hussin berkaitan pengisytiharan harta

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin dipanggil semula ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini, dan beliau hadir bersama dua peguamnya.

Beliau memasuki pekarangan bangunan SPRM itu pada pukul 11 pagi tadi, dipercayai berkaitan pengisytiharan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Setakat pukul 1 tengah hari tadi, urusan beliau di SPRM masih belum selesai.

Sebelum ini, beliau telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan serta salah guna pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta dan kemudian dibebaskan dengan jaminan SPRM.

The post SPRM panggil semula Nazir Hussin berkaitan pengisytiharan harta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved