SPRM, polis siasat MyEG, Zetrix AI

LocalPolitics
13 Oct 2026 • 12:22 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

SPRM, polis siasat MyEG, Zetrix AI Image from: SPRM, polis siasat MyEG, Zetrix AI sarah13/10/2026 - 12:22 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 13 Okt - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat isu membabitkan MyEG Sdn Bhd (MyEG) dan Zetrix AI Bhd.

 

SPRM berkata, pihaknya menerima aduan rasmi berhubung perkara itu pada 7 Oktober 2026 dan mengambil maklum bahawa isu berkenaan sedang disiasat oleh PDRM.

 

“Sehubungan itu, SPRM akan bekerjasama rapat dengan PDRM bagi meneliti dan melaksanakan perkongsian maklumat dalam menyiasat perkara ini berdasarkan kesalahan-kesalahan di bawah bidang kuasa pihak polis.

 

“PDRM akan menyalurkan apa-apa maklumat sekiranya wujud elemen rasuah untuk tindakan SPRM selanjutnya,” menurut kenyataan.

 

SPRM turut mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tambahan berkaitan isu berkenaan.

 

Pada masa sama, suruhanjaya itu menggesa semua pihak supaya tidak membuat spekulasi mengenai siasatan atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan proses penyiasatan.

 

“SPRM menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dan akan melaksanakan siasatan dengan bebas, adil serta berlandaskan undang-undang,” tambah kenyataan itu. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved