4,920 karton rokok seludup bernilai RM1.9 juta dirampas

15 Sep 2026 • 1:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 4,920 karton rokok seludup bernilai RM1.9 juta dirampas

PETALING JAYA – Sebanyak 4,920 karton rokok pelbagai jenis dan jenama yang tidak bercukai kastam bernilai RM1.9 juta dirampas dalam Op Taring Alpha 1 Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Bandar Bukit Raja, di sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4.30 petang itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 52 tahun yang dipercayai berperanan sebagai penghantar bekalan rokok.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Amanjit Singh berkata, operasi itu melibatkan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Risik Batalion 4 PGA Semenyih, Selangor dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Klang Utara.

Menurut beliau, polis turut merampas sebuah kereta Nissan Almera yang disyaki digunakan dalam aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai Kastam.

“Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM1,907,163.20 dan kesemua tangkapan serta rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru masyarakat supaya memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat kepada Polis Diraja Malaysia berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang. – KOSMO! ONLINE

The post 4,920 karton rokok seludup bernilai RM1.9 juta dirampas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved