SPRM sedang teliti aduan campuran kargo petroleum

LocalPolitics
22 Aug 2026 • 4:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: SPRM sedang teliti aduan campuran kargo petroleum

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti dakwaan berkaitan pencampuran atau penggabungan (commingling) kargo petroleum sebelum menentukan tindakan susulan.

Menurut sumber, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Alam menyedari isu berkenaan dan perbincangan sedang berlangsung sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan.

“Seba­rang kenyataan mesti datang daripada Ketua Pesuruhjaya,” kata sumber.

Abdul Halim turut menerima surat bertarikh 18 Ogos daripada pemerhati industri maritim, Datuk Seri Jeyenderan Ramasamy yang meminta perkembangan berhubung laporan dikemukakan kepada SPRM pada 5 Jun lalu.

Jeyenderan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd berkata, hampir dua bulan berlalu tanpa maklum balas rasmi mengenai status laporan atau agensi yang bertanggungjawab mengendalikannya.

Katanya, syarikat berkenaan sudah mengemukakan dokumen dan maklumat kepada pihak berkuasa serta menghadiri mesyuarat dan memberikan penjelasan apabila diminta.

Beliau mahu kejelasan mengenai pengendalian operasi kargo petroleum terbabit termasuk aktiviti yang boleh diteruskan, perlu digantung serta agensi bertanggungjawab membuat keputusan.

Menurutnya, isu itu bukan sekadar pertikaian komersial kerana berpotensi menjejaskan integriti dan kebolehkesanan (traceability) kargo petroleum, pematuhan peraturan, hasil kerajaan serta akauntabiliti rantaian bekalan.-KOSMO! ONLINE

The post SPRM sedang teliti aduan campuran kargo petroleum appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved