CAAM siasat penahanan juruterbang Malaysia di Indonesia

LocalPolitics
31 Jul 2026 • 9:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

CAAM siasat penahanan juruterbang Malaysia di Indonesia

KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang menyiasat laporan penahanan seorang juruterbang Malaysia di Indonesia dari sudut pengawalseliaan, termasuk untuk menentukan sama ada wujud sebarang kelemahan sebelum juruterbang itu berlepas dari Malaysia.

Menurut CAAM pihaknya sedang mengumpulkan fakta berkaitan insiden yang dilaporkan melibatkan juruterbang itu.

"Aspek itu akan disiasat dari sudut kawal selia, termasuk pematuhan syarikat penerbangan itu terhadap keperluan kawal selia yang ditetapkan dan proses keselamatan operator lapangan terbang, untuk menentukan sama ada terdapat sebarang kelemahan sebelum individu itu berlepas dari Malaysia," katanya hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan laporan seorang juruterbang warga Malaysia berusia 39 tahun ditahan pada 29 Julai selepas didakwa cuba menyeludup kira-kira 25 kilogram pil ekstasi bernilai sekitar 60 bilion rupiah (1 juta rupiah = RM225.20).

Menurut CAAM, sebagai tindakan segera, pihaknya akan meningkatkan pemantauan terhadap keperluan kawal selia sedia ada berkaitan pemeriksaan bagasi dan prosedur keselamatan, termasuk yang dikenakan kepada kru penerbangan.

Menurut pihak berkuasa Indonesia, dadah itu merangkumi kira-kira 70,114 pil ekstasi dan empat gram metamfetamin kasar, yang dipercayai disembunyikan dalam bagasi suspek sebelum ditemui ketika pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved