SPRM siasat isu perolehan RM58.45 juta di UKM

LocalPolitics
22 Nov 2025 • 9:48 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SPRM buka siasatan jenayah rasuah dan tatakelola berikutan laporan audit tiga tender perolehan RM58.45 juta di UKM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung isu tiga tender perolehan bernilai RM58.45 juta di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) pada Julai lepas.  

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus berkata proses siasatan merangkumi penelitian dokumen berkaitan dan lima individu telah dipanggil bagi membantu siasatan.

“Selain siasatan jenayah rasuah, SPRM turut membuka kertas penyiasatan tatakelola bagi meneliti aspek pengurusan dan kepatuhan tatakelola dalam perolehan berkenaan.  

“Isu ini turut mendapat perhatian apabila dibangkitkan dalam titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Majlis Pengisytiharan Pembukaan Konvokesyen ke-53 UKM di Bangi hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainul juga berkata SPRM akan memberikan komitmen berterusan dalam memastikan integriti dan pengurusan tatakelola negara dilaksanakan dengan baik, selaras dengan usaha memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap sistem perolehan awam.

Pada 21 Julai lepas, LKAN mendedahkan UKM berdepan isu ketakteraturan serius serta kelemahan dalam proses perolehan membabitkan tiga tender bernilai RM58.45 juta. – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved