SPRM syor Felda lantik pasukan forensik audit, siasat isu salah laku

LocalPolitics
2 Sep 2026 • 5:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: SPRM syor Felda lantik pasukan forensik audit, siasat isu salah laku
Abd Halim bercakap pada Sidang Media Khas SPRM di Ibu Pejabat SPRM. Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) disyor untuk melantik pasukan forensik audit sendiri untuk melaksanakan kerja-kerja audit berhubung isu berkaitan tadbir urus dan salah laku dalam agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pasukan forensik yang dilantik mempunyai kewibawaan untuk melaksanakan tindakan tersebut.

Menurutnya, ini juga dapat membantu SPRM menjalankan penyiasatan.

"Kami berasakan elok dan wajar untuk Felda melantik (pasukan) forensik audit mereka sendiri bagi melakukan kerja-kerja audit dalam isu ini.

"Bagi kerja-kerja penyiasatan yang lainnya, terdapat agensi-agensi (penguatkuasaan lain) selain daripada SPRM yang boleh membantu. Siasatan ini tidak hanya dijalankan SPRM sahaja," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Rabu.

Sebelum ini, SPRM tidak menolak kemungkinan beberapa individu akan ditahan secara berperingkat bermula minggu depan berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan syarikat tersebut.

Abd Halim berkata, setakat ini seramai 12 individu telah dipanggil untuk membantu siasatan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved