FELDA rugi hampir RM10 bilion? PM Anwar cadangan audit forensik dibawa ke Kabinet

LocalPolitics
25 Aug 2026 • 1:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan cadangan supaya audit forensik dijalankan ke atas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) susulan kerugian yang dialami agensi berkenaan akan dibawa ke Kabinet.

Cadangan disuarakan TPM Zahid

Memetik laporan daripada Berita Harian, cadangan itu disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap kerugian hampir RM10 bilion yang ditanggung FELDA.

“(Cadangan) itu kita bawa ke Kabinet,” kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Maulud Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1448/2026.

Image from: FELDA rugi hampir RM10 bilion? PM Anwar cadangan audit forensik dibawa ke Kabinet

Sebelum ini, Ahmad Zahid menegaskan audit forensik berkenaan perlu dijalankan bagi membolehkan pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya sekiranya terbukti wujud unsur salah guna kuasa, pecah amanah atau salah tadbir urus.

Walau bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri itu turut menegaskan siasatan berkenaan tidak boleh dijadikan alat untuk bertindak zalim, menganiaya atau memalukan mana-mana pihak seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Image from: FELDA rugi hampir RM10 bilion? PM Anwar cadangan audit forensik dibawa ke Kabinet

Pada Jumaat lalu, Anwar memaklumkan kerajaan sedang menunggu laporan lengkap pasukan petugas khas yang menyiasat isu pengurusan FELDA.

Pasukan berkenaan sudah memulakan tugas dan dapatan siasatan dijangka dibentangkan dalam tempoh terdekat sebelum laporan itu didedahkan kepada umum selepas dimuktamadkan.

Sumber: Berita Harian (Zanariah Abd Mutalib dan Hannah Norbaqqa Syarul)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved