
PUTRAJAYA - Empat individu dipercayai pegawai bekas Perdana Menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat.
Menurut sumber, tiga individu direman lima hari bermula Jumaat manakala seorang lagi direman tiga hari sebelum dibebaskan hari ini.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha di Mahkamah Putrajaya.
Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.
"Kami memohon agar SPRM diberikan ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi," katanya.
Setakat ini Sinar Harian belum menerima butiran lanjut mengenai kes berkenaan susulan ia masih dalam siasatan.


