'Squid Game' Musim 2 Bakal Menjengah Netflix

Entertainment
14 Jun 2022 • 2:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Netflix

Drama bersiri Korea yang telah mencetuskan fenomena di seluruh dunia pada tahun lalu, 'Squid Game' bakal kembali ke Netflix untuk musim kedua. 

Berita mengenai musim terbaharu ini telah diuar-uarkan oleh pengarah, penulis, dan penerbit eksekutif Hwang Dong-hyuk, yang membuat pengumuman itu pada kemuncak acara Netflix FYSEE di Los Angeles pada 12 Jun.

image is not available
Anupam Tripathi, Lee Jung-Jae, Jung Jae-il, Hwang Dong-Hyuk, Ted Sarandos, O Young-soo, Chae Kyoung-sun, Kim Ji-yeon, Park Hae-soo dan Cheong Jai-hoon di acara Netflix FYSEE di Los Angeles - Gambar AFP

“12 tahun masa diambil untuk menerbitkan 'Squid Game' musim pertama pada tahun lalu. Tapi ia hanya mengambil masa 12 hari untuk 'Squid Game' menjadi siri paling popular di Netflix.

“Selaku pengarah, penulis, dan penerbit 'Squid Game', saya ingin beri ucapan kepada peminat di seluruh dunia. Terima kasih kerana menonton dan menyukai siri kami.

“Sekarang, Gi-hun kembali. 'Front Man' kembali. Musim kedua akan datang tidak lama lagi. Lelaki berpakaian sut dengan 'ddakji' mungkin kembali.

“Anda akan dikenalkan dengan teman lelaki Young-hee, Cheol-su. Sertai kami sekali lagi untuk pusingan yang baharu,” katanya. 

image is not available

Selain menjadi siri yang paling tinggi jumlah tontonan di Netflix, 'Squid Game' turut mencipta pelbagai lagi kejayaan lain termasuklah memenangi anugerah antarabangsa seperti Screen Actors Guild Award, Golden Globe dan People Choice Award. - Getaran, 14 Jun 2022