SRG terima RM100,000 daripada Yayasan MBI untuk Piala Dunia E-sukan (EWC)

LocalGaming
16 Jul 2026 • 5:24 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SRG terima RM100,000 daripada Yayasan MBI untuk  Piala Dunia E-sukan (EWC)

SHAH ALAM, 16 JULAI: Pasukan e-sukan Selangor Red Giants (SRG) menerima sumbangan RM100,000 daripada Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bagi membantu persiapan menghadapi kejohanan Piala Dunia E-sukan (EWC) di Paris.

Ketua Yayasan MBI, Ahmad Azri Zainal Nor berkata sumbangan itu merupakan sebahagian daripada peruntukan keseluruhan RM348,500 yang disalurkan kepada 16 penerima membabitkan atlet, persatuan sukan dan pasukan sukan negeri.

Beliau berkata Yayasan MBI komited menyokong pembangunan sukan di Selangor termasuk membantu atlet serta pasukan yang kurang mendapat perhatian.

"Kita sentiasa berusaha membantu sukan di Selangor, termasuk atlet yang mungkin tidak mendapat perhatian daripada pihak lain.

"Kita mahu mereka terus aktif dalam sukan dan seterusnya mengharumkan nama Selangor serta negara," katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Bersama Ketua Yayasan MBI di Bangunan Darul Ehsan, hari ini.

Selain SRG, Yayasan MBI turut menyalurkan sumbangan RM100,000 masing-masing kepada Persatuan Memanah Selangor dan Persatuan Ragbi Selangor bagi memperkukuh pembangunan kedua-dua sukan itu.

Ahmad Azri berkata bantuan berkenaan diharap dapat meringankan beban kewangan penerima, selain menyokong persiapan mereka menghadapi kejohanan di dalam dan luar negara.

Katanya, Yayasan MBI akan terus memperkukuh pembangunan sukan di Selangor menerusi sokongan kepada atlet dan persatuan sukan bagi melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved