
KUALA LUMPUR – SSFHOME terus membantu rakyat Malaysia menceriakan kediaman menerusi kempen ‘New Style, Big Value’ yang menawarkan pelbagai pilihan perabot, dekorasi dan aksesori rumah pada harga menarik.
Kempen berkenaan memberi peluang kepada pelanggan memberikan nafas baharu kepada ruang kediaman, termasuk ruang tamu, bilik tidur dan ruang lain mengikut cita rasa serta bajet masing-masing.
Sebagai sebahagian daripada kempen itu, SSFHOME turut menawarkan pelbagai produk pilihan bulanan pada harga istimewa dan nilai terbaik, khusus untuk ahli SSFHOME VIP.
Sebagai jenama kelengkapan rumah yang dipercayai rakyat Malaysia selama lebih 30 tahun, SSFHOME terus komited menawarkan pelbagai pilihan perabot, dekorasi dan aksesori kediaman berkualiti pada nilai terbaik.
Kempen itu merupakan kesinambungan usaha SSFHOME membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki kediaman yang cantik, selesa dan bergaya tanpa perlu berbelanja di luar kemampuan.
Selama lebih tiga dekad, SSFHOME menjadi destinasi pilihan bagi mereka yang mahu menghias dan melengkapkan kediaman dengan produk berkualiti, moden serta praktikal.
Daripada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga hingga keluarga yang mahu menaik taraf ruang kediaman, SSFHOME menyediakan pelbagai pilihan bagi memenuhi cita rasa dan bajet berbeza.
Pengalaman luas serta komitmen terhadap kepuasan pelanggan turut menjadi antara asas SSFHOME untuk kekal relevan sebagai jenama pilihan rakyat Malaysia.
Antara produk yang tersedia termasuk sofa, meja makan, kabinet, lampu hiasan, langsir, karpet dan aksesori dekorasi bagi membantu pelanggan mencipta ruang kediaman mengikut gaya serta bajet masing-masing.
Sempena kempen ‘New Style, Big Value’, pelanggan berpeluang menikmati pelbagai promosi menarik termasuk diskaun sehingga 50 peratus bagi produk terpilih.
The post SSFHOME tawar gaya baharu, nilai lebih berbaloi appeared first on Kosmo Online.






