KPM Tangguh UASA Minggu Hadapan Susulan Situasi Jerebu

LocalHealth & Fitness
15 Oct 2026 • 8:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

KPM Tangguh UASA Minggu Hadapan Susulan Situasi Jerebu

Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan susulan situasi jerebu yang masih melanda negara.

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kebimbangan ibu bapa dan penjaga terhadap kesihatan anak masing-masing, khususnya murid yang perlu hadir ke sekolah untuk menduduki pentaksiran berkenaan.

Menurut KPM, memandangkan UASA merupakan pentaksiran kendalian sekolah, pihak sekolah diberikan ruang untuk menyusun semula jadual pelaksanaannya.

“Jadual baharu akan dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga,” menurut kenyataan itu.

KPM turut memahami dilema yang dihadapi ibu bapa dan penjaga dalam membuat keputusan berkaitan kehadiran anak ke sekolah ketika keadaan jerebu masih berterusan.

“Mereka mahu melindungi kesihatan anak-anak, tetapi pada masa sama bimbang sekiranya ketidakhadiran ke sekolah menyebabkan anak-anak terlepas pentaksiran,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, KPM menegaskan pihaknya akan terus mengutamakan kesihatan dan keselamatan murid, di samping memastikan pentaksiran dapat dilaksanakan dengan teratur.

Untuk rekod, UASA merupakan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah bawah KPM bagi menilai tahap penguasaan dan pencapaian akademik murid pada akhir sesi persekolahan.

Baca juga:

Pentaksiran itu melibatkan murid sekolah rendah tahap dua, iaitu Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam, serta pelajar sekolah menengah rendah dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved