Stable Diffusion 3 Diumumkan – Penjana Imej Generasi Baharu, Dengan Sokongan Penjanaan Teks Dalam Gambar Lebih Baik

TechnologyDigital
23 Feb 2024 • 6:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Stability AI kini telah pun memperkenalkan penjana gambar berasaskan kecerdasan buatan generasi baru, iaitu Stable Diffusion 3. Melalui model baharu ini, ia menyertakan sejumlah besar penambah-baikkan, terutamanya memfokuskan kepada penjanaan teks dalam gambar yang lebih baik.

image is not available

Model ini juga turut menawarkan penjanaan kualiti gambar yang lebih baik, disamping menawarkan penjanaan untuk pelbagai subjek dalam sesuatu gambar. Dengan sokongan teks juga, ia sekaligus akan membolehkan Stable Diffusion digunakan meluas dalam penghasilan poster dan sebagainya.

Selain Stable Diffusion, penawaran seperti Dall-E dan MidJourney turut telah menawarkan sokongan penjanaan teks dalam gambar, tetapi hasilnya masih tidak begitu tepat sepanjang masa.

Buat masa ini, Stable Diffusion 3 masih belum ditawarkan kepada umum lagi. Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pendaftaran minat pada laman rasmi Stable Diffusion.