Stacy Kongsi Pengalaman Bikin MV Lagu 'Menyala' Di Sabah - "Saya Curi Masa Dalam Satu Ke Dua Hari Untuk..."

7 Dec 2024 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi, Stacy meluahkan rasa seronok apabila dia berpeluang menjalani penggambaran muzik video lagu terbaharunya berjudul Menyala di tempat kelahirannya, Sabah. 

Berkongsi pengalaman indah ketika berada di Sabah, Stacy memberitahu penduduk di  Monsopiad Heritage Village menyambut baik kedatangannya. 

“Untuk penggambaran muzik video Menyala ini, saya berasa sangat seronok ketika menjalani penggambaran tersebut sebab kebanyakkan saya lakukan penggambaran itu di Sabah. 

“Saya curi masa dalam satu ke dua hari untuk lakukan penggambaran. Kami pergi ke tempat yang betul iaitu, Monsopiad di Sabah dan disana budaya Sumandak itu memang banyak. 






“Saya sangat berterima kasih dengan perjalanan saya pada tahun ini kerana perjalanan itu memberikan saya semangat untuk lagu terbaharu saya ini,” ucapnya.