Staf Restoran Selamatkan Wanita Dari Jadi Mangsa Lelaki ‘Berniat Jahat’ Raih Pujian [Video]

29 Apr 2026 • 2:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Staf Restoran Selamatkan Wanita Dari Jadi Mangsa Lelaki ‘Berniat Jahat’ Raih Pujian [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap individu tidak kira lelaki atau wanita seringkali diingatkan agar sentiasa berhati-hati lebih-lebih lagi apabila baru mengenali hati budi seseorang.

Manakan tidak, ada segelintir individu kadangkala mempunyai niat yang tidak baik dan mahu melakukan perkara yang tidak elok yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri.

Pemilik Restoran Dakwa Pelanggan Wanita Nyaris Jadi Mangsa, Kawan Lelaki Letak Sesuatu Dalam Minuman

Baru-baru ini, tular di media sosial hantaran seorang pengguna media sosial yang juga pemilik restoran tentang sebuah kejadian yang berlaku di restorannya di Tawau, Sabah.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @bossgary_pategrill, pemilik restoran yang dikenali sebagai Gary menitip pesanan kepada kaum Hawa berikutan insiden yang berlaku di restorannya pada minggu lalu.

“Korang perempuan, jangan keluar dengan sebarang lelaki yang baru kenal. Saya ingat benda ini hanya berlaku dalam movie, rupanya berlaku dalam kedai saya minggu lalu,” katanya.

Lelaki Datang Ke ‘Table Bar’ Penyediaan Minuman, Masuk Sesuatu Dalam Cawan Minuman Kawan

Dakwanya, seorang pelanggan lelaki telah datang ke kedainya bersama seorang wanita.

Lelaki itu kemudiannya masuk ke bahagian dalam kedai dan menuju ke table bar penyediaan minuman untuk bertanyakan tentang minuman kawannya itu.

Staf restoran tersebut terus memberitahu bahawa minuman yang dipesan telah siap.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah lelaki berkenaan didakwa telah mengambil minuman terbabit dan meletakkan sesuatu ke dalam minuman tersebut.

“Lepas tu staf saya letak minuman di atas meja (bar) sini, lelaki itu ambil minuman ini, dia tiba-tiba keluarkan satu paket cecair dari poketnya dan masukkan ke dalam minuman. Selepas itu, (dia) letakkan minuman kembali ke meja, tunggu staf hantar minuman,” dakwanya.

Staf Terus Buat Minuman Baru, Lelaki Terus Tanya Pekerja Restoran Tentang Minuman Yang Dihantar

Menyedari situasi itu, staf restoran berkenaan terus mengambil cawan tersebut dan membuat minuman yang baharu.

“Nasib staf saya nampak dan diorang sangat pelik dan tidak senang hati. Terus diorang buat minuman baharu dan hantar ke perempuan itu,” katanya.

Dakwa pengguna itu lagi, lelaki berkenaan terus bertanyakan kepada staf tentang minuman yang dihantar.

Pekerja Restoran Ambil Peluang Beritahu Wanita, Didakwa Baru Kenal Lelaki Beberapa Hari

Kongsinya lagi, pekerja restorannya terus mengambil peluang dengan memberitahu pelanggan wanita terbabit tentang teman lelakinya itu.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan, dapat dilihat wanita berkenaan bersama staf masuk ke dalam tandas.

Dakwa pengguna itu lagi, rupanya pelanggan wanita terbabit baru sahaja beberapa hari mengenali lelakinya itu.

“Lepas perempuan itu dengar apa yang terjadi, dia berasa sangat seram (takut), terus dia lari dan balik sendiri,” kongsinya.

Pemilik Restoran Zahir Ucapan Terima Kasih Kepada Staf, Bantu Selamatkan Wanita

Pada akhir video berkenaan, pengguna terbabit menzahirkan ucapan terima kasih kepada staf kedai makannya kerana peka dan sudi membantu pelanggan wanita terbabit dari bahaya.

Malah, dia juga turut menitipkan pesanan buat orang ramai khususnya kaum Hawa agar berhati-hati.

“Saya tak berani tunjuk mukanya dalam post ini tapi satu benda saya boleh pastikan, lelaki itu mempunyai niat yang sangat tidak baik.

“Di sini saya mahu ucapkan terima kasih kepada team saya sebab diorang berani bersuara dan mengelakkan sesuatu (perkara) yang tidak bagus terjadi.

“Berani tukar minuman, berani beritahu perempuan tersebut. Jadi perempuan di luar tu, hati-hati dengan siapa kamu keluar,” katanya.

@bossgary_pategrill

Hati hati perempuan di luar, banyak lelaki berniat jahat #restoranviralsabah #bossgarypategrill #tawauviral #bossgaryinspirasi #pategrillhouse

♬ original sound – BossGary_PateGrillHouse – BossGary_PateGrillHouse

Tonton video penuh [DI SINI]

Pengguna Media Sosial Puji Keberanian Staf, Namun Ada Yang Dakwa Ia Hanya Konten

Perkongsian yang telah mendapat lebih 479,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat video berkenaan.

Ramai yang memuji tindakan pekerja restoran terbabit yang berani dan membantu menyelamatkan pelanggan wanita berkenaan.

Malah ada yang meluahkan hasrat untuk datang ke restoran terbabit disebabkan perbuatan staf berkenaan serta rasa selamat apabila berkunjung ke premis berkenaan.

Namun, ada netizen yang berpendapat perkongsian itu hanyalah sekadar konten untuk pemasaran dan rekaan semata-mata.

Pun begitu, pengguna berkenaan menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan ia benar-benar berlaku.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Tahniah Staf. Kalau Dekat, Support Kedai Ni Geng. Saya Jauh Di Semenanjung, Insya-Allah Ada Rezeki Sampai Kedai Baik Ini”

Image from: Staf Restoran Selamatkan Wanita Dari Jadi Mangsa Lelaki ‘Berniat Jahat’ Raih Pujian [Video]

“Marketing Ke Bro, Nampak Macam Setting”

Image from: Staf Restoran Selamatkan Wanita Dari Jadi Mangsa Lelaki ‘Berniat Jahat’ Raih Pujian [Video]

“Hebatlah Staf. Salute. Nanti Saya Datang Makan Kedai Tanda Support”

Image from: Staf Restoran Selamatkan Wanita Dari Jadi Mangsa Lelaki ‘Berniat Jahat’ Raih Pujian [Video]

“Memang Padu Tempat Ni, Dari Makanan Sampai Layanan Staf & Bos Semua Terbaik”

Image from: Staf Restoran Selamatkan Wanita Dari Jadi Mangsa Lelaki ‘Berniat Jahat’ Raih Pujian [Video]

“Rasa Selamat Nak Makan Sana Untuk First Date. Nanti Nak Bawa Suami La Dinner Makan Sana, Great Team & Bos”

Image from: Staf Restoran Selamatkan Wanita Dari Jadi Mangsa Lelaki ‘Berniat Jahat’ Raih Pujian [Video]

“Saya Sokong. Para Staf Saling Menjaga Walaupun Tidak Kenal, Teruskan Buat Kebaikan”

Image from: Staf Restoran Selamatkan Wanita Dari Jadi Mangsa Lelaki ‘Berniat Jahat’ Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Disyaki Mengintai Wanita Di Tandas LRT, Suspek Sudah Ditahan Reman

Baca Artikel Berkaitan: Penumpang MRT Berganding Bahu Hulurkan Bantuan Kepada Wanita Yang Pengsan Raih Pujian