Ibu Zara Qairina Dituduh Kutip Derma Untuk Bayar Guaman, Ini Apa Kata Peguam!

LocalPolitics
21 Aug 2025 • 9:33 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia peguam Zara Qairina

Nama ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat kembali menjadi bualan selepas timbul dakwaan kononnya beliau sedang mengutip derma untuk kegunaan peribadi dan membayar yuran guaman.

Menurut laporan Harian Metro, isu ini pantas tular di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi. Namun, pasukan peguam yang mewakili Noraidah tampil memberi penjelasan.

Peguam tampil jelaskan fakta sebenar

image is not available

Menerusi kenyataan bersama, peguam Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasse menegaskan sesuatu.

Anak guam kami tidak ada membuat sebarang kutipan derma ketika ini sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk membayar yuran guaman kami.

Mereka menjelaskan nombor akaun yang tersebar di media sosial memang pernah digunakan untuk menerima sumbangan beberapa hari selepas kematian Zara, namun kutipan itu telah dihentikan tidak lama selepas itu.

Perkhidmatan guaman secara pro bono (percuma)

image is not available

Dalam kenyataan sama, para peguam turut menjelaskan bahawa khidmat guaman diberikan secara pro bono (percuma).

Sebarang sumbangan wang hanya akan diterima secara fizikal oleh anak guam kami sendiri atau melalui wakil NGO yang diberi kuasa.

Pssttt! Dalam dunia penuh fitnah dan salah faham, kita kena lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sesuatu berita. Jangan mudah percaya tanpa sahkan fakta sebenar.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.