“Stand Far-Far Can?” – Netizen Korea Perlekeh Cara Orang Malaysia Cakap English, Dakwa Itu Kesan Penjajahan!

20 Feb 2026 • 11:06 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Sebuah hantaran di media sosial baru-baru ini mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen apabila seorang individu, dipercayai warga Korea Selatan, mempersoalkan penggunaan bahasa Inggeris di negara-negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Isu ini bermula apabila individu tersebut memuat naik sekeping foto memaparkan slogan jarak sosial yang pernah digunakan di Malaysia semasa tempoh pandemik iaitu “HELLO. STAND FAR-FAR CAN?”

Menerusi kapsyen yang ditulis, beliau menyifatkan penggunaan ayat sedemikian sebagai satu bentuk “kekurangan kosa kata” dan mendakwa ia merupakan satu serangan sindiran terhadap rakyat Korea yang sering dikritik kerana tidak mahir berbahasa Inggeris.

 

View on Threads

 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah dakwaan beliau yang mengaitkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan penduduk Asia Tenggara sebagai kesan langsung daripada dominasi penjajahan kolonial (British).

Beliau turut membandingkan situasi tersebut dengan sejarah pendudukan Jepun di Korea, di mana rakyat Korea mempelajari bahasa Jepun dengan baik tanpa perlu mengubah struktur asalnya, berbeza dengan apa yang beliau lihat berlaku pada dialek Inggeris di rantau ini.

Walau bagaimanapun, ramai berpendapat bahawa individu tersebut gagal memahami konsep ‘Manglish’ (Malaysian English). Di Malaysia, penggunaan struktur ayat yang ringkas dan santai seperti “Far-Far Can?” bukanlah petanda kegagalan berbahasa, sebaliknya ia adalah dialek tempatan yang bertujuan untuk komunikasi yang lebih pantas, mesra, dan efektif dalam komuniti pelbagai kaum.

Hantaran tersebut telah menerima pelbagai reaksi. Majoriti netizen Malaysia menyifatkan pandangan individu tersebut sebagai sempit dan tidak memahami kepelbagaian budaya linguistik.

image is not available

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.