“G masjid pakai pelikat tu, pakai spender tak?” – Ramai Netizen Terkesima Baca Hantaran Daripada Zizan Nin

LocalEntertainment
20 Feb 2026 • 4:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Tak ada angin tak ada ribut, pelakon Zizan Nin buat satu hantaran di Threads yang membuatkan ramai netizen terkesima dan pelik dengan persoalan yang disoalnya.

Dalam hantaran itu, Zizan bertanyakan jika ada individu yang ke masjid berkain pelekat memakai seluar dalam atau tidak.

Artikel berkaitan : “Sejajar dengan usia, kita semakin berumur, bukan makin muda”- Penampilan Terkini Tarik Perhatian Ramai, Ini Respons Zizan Nin

Apa yang mengejutkan lagi, Zizan seolah-olah mengakui bahawa dia tidak memakai seluar dalam semasa menyarungkan kain pelikat. Pendedahan itu dibuat apabila Zizan memberikan respon ‘geng’ ketika ada netizen membalas komen yang mengakui mereka tidak memakainya.

image is not available

Rata-rata netizen melayan soalan yang diajukan oleh Zizan Nin dan ada juga berpendapat ia tidak wajar diajukan secara terbuka memandangkan Zizan merupakan figura awam yang dikenali ramai.

Dalam pada itu, ada juga yang mula rasa curiga jika akaun tersebut adalah benar-benar milik pelakon itu.

Sumber : Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.