Statistik Kes Seksual Remaja Di Kelantan Bimbangkan Pihak Polis

12 Oct 2022 • 5:45 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seperti yang diketahui ramai, gejala dan jenayah seksual yang melibatkan remaja semakin membimbangkan ramai pihak. Selain itu, kecoh di media sosial mengenai kes gangguan seksual terhadap remaja lelaki.

Di negeri Kelantan, Ketua Polis Datuk Muhamad Zaki Harun berkata statistik jenayah seksual yang melibatkan remaja menurun berbanding tahun lepas.

Bimbang jumlah statistik

image is not available

Menurut Datuk Muhamad Zaki, 85 kes rogol dan 7 kes liwat dilaporkan pada tahun lepas. Manakala pada tahun ini berlaku penurunan dan hanya 71 kes rogol dan 6 kes liwat telah dilaporkan.

Jika dilihat daripada statistik kes ini ia sangat membimbangkan, namun perkara ini boleh kita halang. Kita boleh tutup ruang dan kita mesti buat sesuatu. – Ketua Polis Kelantan

Walaupun berlaku penurunan, Datuk Muhammad Zaki juga meminta agar keluarga terutamanya untuk sentiasa memantau anak-anak mereka agar tidak berlaku perkara yang tak diingini.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.