Status Ahli Parlimen PN jadi tanda tanya di Dewan Rakyat

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 2:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Status Ahli Parlimen PN jadi tanda tanya di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Kedudukan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat menjadi tanda tanya susulan kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung pembatalan pendaftaran gabungan itu.

Perkara itu dibangkitkan Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang meminta penjelasan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengenai kedudukan Ahli Parlimen PN susulan perkembangan berkenaan.

“Jadi kita nak tahu, kita nak dapat sedikit petunjuk daripada Tan Sri Speaker. Macam mana kedudukan mereka ini?” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, Johari meminta Ahli Parlimen berkenaan mengemukakan sebarang persoalan berkaitan Peraturan Mesyuarat selepas sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

“Jadi, Dewan ini tidak molek sebelum kita apa-apakan lagi terus ada isu.

“Kalau Yang Berhormat ada apa-apa tentang Peraturan Mesyuarat, bangun selepas sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri nanti. Sila duduk dulu Yang Berhormat,” katanya. – UTUSAN

The post Status Ahli Parlimen PN jadi tanda tanya di Dewan Rakyat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved